Monday 22 March 2010

Tip Orang kaya

Tip jadi kaya.

1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.

Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.

Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.

2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.

Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.

3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul

Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan

Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.

5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.

Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.

Sunday 8 November 2009

CeRitA PaSaL KaWaN aKu

Sabtu , 7 November 2009 . Cerita kedai kopi kali ini pasal kawan aku yang datang dari plenet Kota Tinggi , Johor.Nama mamat plenet ni Afif atau Along pinjam duit yang sedang duduk kat kerusi tu yang kat sebelah pulak mamat plenet Mad Nor badan Taf tu..dan berasal Kg Asam Kumbang . Afif kata..dia bertolak dari kota tinggi pukul 6.00 pagi hantar saudaranya temuduga tentera laut di Sekolah Rendah Perhentian di Pontian , Johor. Aku mushkil apa dia katanya..sebabnya dia hantar adiknya ke atau aweknya
, masalah aku cakap macam tu sebab tidak nampak ,kikikih...Selepas dia hantar siapa ntahnya ????dia datang kat Benut cari rumah aku tetapi dia boleh sesat hendak menuju ke rumah aku.Sebelum Afif ni pernah datang ke rumah sewa aku sebanyak dua kali tapi macam mana boleh sesat.Afif call aku kat rumah ,aku beritahu kat Afif suruh tunggu kat sekolah menengah Sri Tanjung tapi dia bole tunggu kat Sek Menengah Benut. Aku terus pergi dengan motor skuter enjin macam hendak tercabut sebab dah lama tak pakai.Aku jumpa Afif kat tepi jalan dengan muka merah padam sebab menahan nak berak....kikiki.lepas tu Afif follow ikut balik rumah sewa aku kat kuartes JPS yang tidak jauh dari sekolah Menengah Benut.Aku dan Afif duduk borak -borak sekejap kat rumah sewa aku , Afif ajak aku pergi PJK ( Pusat Jalur Lebar Komuniti Sg Pinggan ) tempat aku kerja , sampai je kat PJK ,aku ingat Kak Asiah ada tetapi dia keluar sebentar mungkin pergi sarapan. Semantara tunggu Kak Asiah , Aku call Mad Nor berapa kali tapi tak dapat sama juga Afif call masih sama juga. Aku call Mad Nor sebab nak ajak sarapan sekali akhirnya aku dan Afif pergi berdua sarapan pagi di Kedai Singgah Selalu dekat Benut.

Bila sampai Aku dan Afif terus order air teh dan neslo ais dan makan pulak makan nasi campur.Aku tanya Afif pasal gaji bila nak keluar ,Afif beritahu gaji dah keluar senang ckit bila afif cakap gaji dah keluar sebabnya duit aku tinggal Rm 59 .oo. Aku tanya berapa kali pasal gaji kat Afif untuk b